Konfigurasi sambungan, apl dan sumber pemasangan skrip pengguna

Membolehkan anda menetapkan URL yang dibenarkan untuk memasang sambungan, apl dan tema.

Bermula dalam Google Chrome 21, lebih sukar untuk memasang sambungan, apl dan skrip pengguna dari luar Gedung Web Chrome. Sebelum ini, pengguna boleh klik pada pautan ke fail *.crx dan Google Chrome akan menawarkan untuk memasang fail tersebut selepas beberapa amaran. Selepas Google Chrome 21, fail seperti itu perlu dimuat turun dan diseret ke halaman tetapan Google Chrome. Tetapan ini membolehkan URL tertentu mempunyai aliran pemasangan lama yang lebih mudah.

Setiap item dalam senarai ini merupakan pola padanan ala sambungan (lihat https://developer.chrome.com/extensions/match_patterns). Pengguna akan dapat memasang item daripada mana-mana URL yang sepadan dengan item dalam senarai ini dengan mudah. Kedua-dua lokasi fail *.crx dan halaman tempat muat turun dimulakan (contohnya perujuk) mestilah dibenarkan oleh pola ini.

ExtensionInstallBlacklist diberikan keutamaan melebihi dasar ini. Bermakna, sambungan pada senarai hitam tidak akan dipasang walaupun sambungan tersebut berasal daripada tapak pada senarai ini.

Supported on: Microsoft Windows XP SP2 atau lebih baharu
Pola URL untuk membenarkan pemasangan sambungan, aplikasi dan skrip pengguna

Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\Chrome\ExtensionInstallSources
Value Name{number}
Value TypeREG_SZ
Default Value

chrome.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)