Profil tidak kekal

Jika ditetapkan kepada didayakan, dasar ini memaksa profil ditukarkan kepada mod tidak kekal. Jika dasar ini ditetapkan sebagai dasar OS (contohnya GPO pada Windows), dasar ini akan dilaksanakan kepada setiap profil pada sistem; jika dasar ini ditetapkan sebagai dasar Awan, dasar ini akan dilaksanakan hanya kepada profil yang log masuk menggunakan akaun terurus.

Dalam mod ini, data profil disimpan pada cakera hanya sepanjang sesi pengguna. Ciri seperti sejarah penyemak imbas, sambungan dan datanya, data web seperti kuki dan pangkalan data web tidak disimpan selepas penyemak imbas ditutup. Walau bagaimanapun hal ini tidak menghalang pengguna daripada memuat turun sebarang data kepada cakera secara manual, menyimpan halaman atau mencetaknya.

Jika pengguna telah mendayakan penyegerakan, semua data ini disimpan dalam profil penyegerakan beliau sama seperti profil biasa. Mod inkognito turut disediakan jika tidak dilumpuhkan dengan jelas oleh dasar.

Jika dasar ditetapkan kepada dilumpuhkan atau dibiarkan tanpa ditetapkan, log masuk akan dihalakan ke profil biasa.

Supported on: Microsoft Windows XP SP2 atau lebih baharu
Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\Chrome
Value NameForceEphemeralProfiles
Value TypeREG_DWORD
Enabled Value1
Disabled Value0

chrome.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)