Sekat akses kepada senarai URL

Menyekat akses kepada URL yang disenaraikan.

Dasar ini menghalang pengguna daripada memuatkan halaman web daripada URL yang disenaraihitamkan. Senarai hitam tersebut memberi senarai pola URL yang menentukan URL yang akan disenaraihitamkan.

Setiap pola URL boleh jadi pola untuk fail setempat atau pola URL generik. Pola fail setempat adalah dalam format 'file://path', di mana laluan sepatutnya adalah laluan mutlak untuk menyekat. Semua lokasi sistem fail yang mana laluan itu adalah awalan akan disekat.

Pola URL generik mempunyai format 'scheme://host:port/path'.
Jika ada, hanya skim yang ditentukan akan disekat. Semua skim akan disekat jika awalan scheme:// tidak dinyatakan.
Hos diperlukan dan boleh jadi nama hos atau alamat IP. Subdomain nama hos akan turut disekat. Untuk menghalang subdomain daripada disekat, masukkan '.' sebelum nama hos. Nama hos khas '*' akan menyekat semua domain.
Port pilihan ialah nombor port yang sah dari 1 hingga 65535. Jika tiada nombor ditetapkan, semua port akan disekat.
Jika laluan pilihan ditentukan, hanya laluan dengan awalan tersebut akan disekat.

Pengecualian boleh ditentukan dalam dasar senarai putih URL. Dasar ini terhad kepada 1,000 masukan; masukan berikutnya akan diabaikan.

Ambil perhatian bahawa anda tidak digalakkan untuk menyekat URL 'chrome://*' dalaman kerana tindakan ini boleh menyebabkan berlakunya ralat yang tidak dijangka.

Jika dasar ini tidak ditetapkan, tiada URL akan disenaraihitamkan dalam penyemak imbas.

Supported on: Microsoft Windows XP SP2 atau lebih baharu
Sekat akses kepada senarai URL

Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\Chrome\URLBlacklist
Value Name{number}
Value TypeREG_SZ
Default Value

chrome.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)